Sumbangan derma saudara saudari sama ada wang tunai, atau cek hendaklah atas nama “Madrasah Tahfiz Al-Quran Kg. Tok Junoh”. No. Akaun 03 - 018 - 01 - 009682 - 3, Bank Islam (BIMB), Cawangan Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan. Jika ada sebarang pertanyaan, cadangan dan makluman, kami berbesar hati mempersilakan saudara saudari menghubungi Tn. Hj. Wan Yusoff Bin Wan Abdullah iaitu Pengerusi Madrasah Tahfiz Al-Quran yang mana nombor telefonnya adalah 019 912 3575

Rakaman Video Pada 15 Februari 2010

Sunday, February 21, 2010

Kertas Kerja Madrasah Tahfiz Al-Quran Kg. Tok Junoh

1. PENDAHULUAN

Madrasah tahfiz al-quran terletak di kampong Tok Junoh Daerah Mahligai jajahan Bachok, Kelantan, kira-kira 20 kilometer dari pusat Bandar Kota Bharu. Lokasi Madrasah tahfiz ini amat strategik. Pembinaan bangunannya adalah bersebelahan dengan sekolah Menengah Agama (A) Darul Ulum Al-Muhammadiah yang merupakan sekolah agama yang ditadbir oleh Yayasan Islam Kelantan.


2. LATAR BELAKANG PROJEK

Oran Islam seharusnya boleh membaca al-quran dengan baik, tetapi akhir-akhir ini kita dapati semakin rama orang yang tidak tahu membaca al-quran. Ini disebabkan oleh kurangnya minat masyarakat terhadap pengajian al-quran. Ibubapa pula tidak begitu ambil berat tentang pendidikan al-quran bagi anak-anak mereka. Anak-anak pula tidak berminat langsung.

Ada beberapa factor wujudnya keadaan seperti ini. Antaranya ialah tiadanya kelas-kelas pengajian al-quran yang moden yang boleh menarik minat anak-anak. Kelas-kelas al-quran yang sedia ada masih menggunakan kaedah tradisional yang bukan saja menjemukan tetapi juga susah diikuti.

Untuk mengatasi masalah ini kami berpendapat perlu diadakan pusat pengajian al-quran yang moden. Mempunyai bangunan sendiri yang cantik dan selesa dengan persekitaran yang indah dan menarik. Menggunakan kaedah dan teknologi pendidikan yang canggih dan guru yang terlatih. Dengan kata lain perlu ada perubahan dan pembaharuan dalam segala aspek yang berhubung kait dengan pengajaran dan pembelajaran.

Atas kesedaran inilah kami merancang untuk membangun sebuah pusat pendidikan al-quran moden ditempat kami. Cita-cita kami ialah untuk menjadikannya sebagai pusat pengajian al-quran yang maju dan mampu melahirkan generasi al-quran. Harapan kami pelajar di sini nanti bukan saja dapat membaca al-quran dengan baik, tetapi juga dapat menghafaz dan memahami isi kandungan al-quran serta beramal dengannya. Mereka juga diharap dapat menguasai ilmu-ilmu lain sesuai dengan kepentingan hidup di zaman kini, mempunyai peribadi yang mulia dan utuh, mampu menentang arus budaya perosak yang sedang melanda ummah.

Pusat pengajian ini juga bertujuan untuk berkhidmat kepada agama dan bangsa. Ia diwujudkan oleh rakyat untuk rakyat. Tidak bertujuan untuk mencari keuntungan. Bukan untuk berniaga. Ia mampu dimasuki oleh segenap lapisan rakyat sama ada yang kaya atau pun yang miskin.


3. OBJEKTIF

a. Memberikan kemudahan dan keselesaan kepada pelahar dan guru dalam pembelajaran moden dengan baru yang serba lengkap.

b. Menyediakan satu tempat pembelajaran alternatif kepada pelajar dalam memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) tidak membosankan.

c. Memastikan pelajar menghayati peranan madrasah tahfiz sebagai pusat ilmu sejak zaman Rasulullah.

d. Menggalakan guru untuk mengadakan lebih banyak sesi pembelajaran praktikal terutamanya dalam pendidikan ibadat.

e. Mengekalkan integriti dan keyakinan ibubapa serta masyarakat terhadap peranan madrasah tahfiz dalam membentuk generasi.

f. Untuk dijadikan pusat ilmu dan aktiviti agama.

g. Menyediakan kemudahan kepada masyarakat setempat yang berminat untuk mempelajari ilmu Quran (memahami, membaca, menghafaz, dan sebagainya).


4. CADANGAN BANGUNAN MADRASAH

Pihak AJK pengurusan telah mencadangkan supaya madrasah tahfiz al-quran ini dapat menampung seramai lebih kurang 60-100 orang pelajar pada satu-satu masa, yang mengandungi komponen sebagai perincian berikut:

a. Sebuah bangunan 2 tingkat berukuran 30’ X 120’ dan berkeluasan lantai 7200 kaki persegi.

b. Kelengkapan 3 bilik pengajian besar yang juga berfungsi sebagai dewan (tingkat bawah) dan 3 bilik asrama yang besar berserta kediaman warden (tingkat atas).

c. Sebuah bilik khas (attached room) yang berfungsi sebagai perpustakaan, pusat pentadbiran dan operasi.

d. Sebuah bilik bagi Badan Dakwah Madrasah dan kecemasan.


5. CARA PERLAKSANAAN BINAAN

Perlaksanaan pembinaan Madrasah Tahfiz Al-Quran ini adalah dengan cara sub upah buruh kerja dan gotong royong dari penduduk setempat.

6. Adalah dianggarkan sebanyak RM504,000.00 diperlukan bagi tujuan pembinaan bangunan tersebut dengan segala kompenen yang telah disebut.


7. SUMBER KEWANGAN

Adalah dipersetujui bahawa pihak Jawatan Kuasa Pengurusan akan berusaha mengumpul dan melalui kutipan derma orang ramai. Derma dan sumbangan juga akan dipohon dari badan-badan kerajaan, badan-badan berkanun, tokoh-tokoh korporat, badan-badan bukan kerajaan, para dermawan dan individu-individu bagi tujuan menampung kos pembinaan madrasah tahfiz al-Quran ini berjalan dengan jayanya.


8. PENUTUP

Pembangunan dan kemajuan umat Islam adalah tanggungjawab semua. Justeru itu, penglibatan semua pihak adalah amat perlu dalam menentukan agenda pendidikan Islam terlaksana sepenuhnya. Adalah amat diharapkan agar segala usaha yang dilakukan oleh pihak pengerusi jawatan kuasa madrasah tahfiz al-Quran ini akan berfungsi sebagai satu institusi pembentuk generasi ummah yang bertaqwa, menerima sokongan yang jitu dari seluruh lapisan masyarakat. Moga-moga pembinaan madrasah tahfiz al-Quran ini akan terus berjalan dengan lancer hasil sumbangan dari semua pihak. Adalah didoakan juga semoga segala bantuan dan sumbangan yang diberi akan dianugerahkan Allah dengan sebesar-besar ganjaran, baik dunia mahupun di akhirat. INSYA ALLAH.

Salam Ta’ zim dari:

Hj. Wan Yusoff Bin Wan Abdullah
Pengerusi Madrasah Tahfiz Al-Quran, Kg. Tok Junoh

Sumbangan derma sama ada wang tunai, atau cek atas nama

“Madrasah Tahfiz Al-Quran Kg. Tok Junoh”.
No. Akaun 03 - 018 - 01 - 009682 - 3
Bank Islam (BIMB)
Cawangan Kubang Kerian
Kota Bharu Kelantan

Untuk maklumat lanjut, saudara-saudari dipersilakan hubungi:

Hj. Wan Yusoff Bin Wan Abdullah
Pengerusi Madrasah Tahfiz Al-Quran
Kg. Tok Junoh, Bachok,
Kelantan
Tel: 019 912 3575

No comments:

Post a Comment

Post a Comment