Sumbangan derma saudara saudari sama ada wang tunai, atau cek hendaklah atas nama “Madrasah Tahfiz Al-Quran Kg. Tok Junoh”. No. Akaun 03 - 018 - 01 - 009682 - 3, Bank Islam (BIMB), Cawangan Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan. Jika ada sebarang pertanyaan, cadangan dan makluman, kami berbesar hati mempersilakan saudara saudari menghubungi Tn. Hj. Wan Yusoff Bin Wan Abdullah iaitu Pengerusi Madrasah Tahfiz Al-Quran yang mana nombor telefonnya adalah 019 912 3575

Rakaman Video Pada 15 Februari 2010

Sunday, February 21, 2010

Salinan Rayuan Derma Madrasah Tahfiz Al-Quran Kg. Tok Junoh Pada Tahun 2008

Assalamualaikum

Kami AJK Madrasah Tahfiz Al-Quran Kg. Tok Junoh sedang membina bangunan untuk dijadikan sebagai tempat anak-anak mempelajari Al-Quran iaitu belajar membaca, menghafaz dan memahami isi kandungan Al-Quran. Kami berhasrat untuk menjadikannya sebagai pusat pendidikan Al-Quran yang moden, iaitu menggunakan kaedah pendidikan yang moden dan peralatan atau teknologi pendidikan yg moden, dengan harapan anak-anak dapat belajar dgn berkesan dan cepat.

Cita cita kami ialah untuk menyediakan tempat dan peluang kepada semua anak-anak yang berminat dgn pengajian al-quran samada yang kaya atau miskin.

Dengan sokongan dan sumbangan derma daripada orang ramai, bangunan ini telah siap dibina lebih kurang 80%. Bangunan ini terdiri dari dua tingkat dgn keluasan 30 X 120 X 2 iaitu 7200 kaki persegi. Anggaran belanja awalnya ialah Rm350,000.00. Untuk menyiapkan semuanya kami memerlukan kira-kira RM150,000.00 lagi. Oleh itu kami merayu kepada muslimin dan muslimat, para dermawan memberi sumbangan ikhlas. Mudah-mudahan dengan sumbangan muslimin dan muslimat sekelian bangunan madrasah ini dapat disiapkan dgn segera.

Sekian, terima kasih.

Wassalam


Sumbangan derma sama ada wang tunai, atau cek atas nama “Madrasah Tahfiz Al-Quran Kg. Tok Junoh”.

No. Akaun 03 - 018 - 01 - 009682 - 3
Bank Islam (BIMB)
Cawangan Kubang Kerian
Kota Bharu Kelantan

Hj. Wan Yusoff Bin Wan Abdullah
Pengerusi Madrasah Tahfiz Al-Quran
Kg. Tok Junoh, Bachok,
Kelantan
Tel: 019 912 3575

No comments:

Post a Comment